MANGSA seorang pemimpin ajaran sesat Nazi yang berpengkalan di Chile berkata pampasan yang ditawarkan oleh kerajaan Jerman tidak mencukupi bagi berdekad perhambaan dan penderaan.
Jerman berkata pada Jumaat ia akan membayar sehingga 10,000 euro (AS$11,000) bagi setiap mangsa koloni “Colonia Dignidad” yang diasaskan oleh seorang bekas tentera Nazi.
“Benar ia membantu tetapi tidak menyelesaikan masalah. Kami adalah generasi yang hilang,” kata Horst Schaffrick, rakyat Jerman yang tiba di perkampungan itu bersama keluarganya pada usia tiga tahun, kepada AFP.
Schaffrick mengalami penderaan seksual oleh bekas askar Wehrmacht Paul Schaefer, yang mengasaskan fahaman sesat di selatan Chile pada 1961.
Koloni itu digambarkan sebagai kampung keluarga Jerman yang indah tetapi pada hakikatnya, Schaefer, seorang yang disabitkan dengan kesalahan pedofil, penderaan, dadah dan mengindoktrinasi beberapa ratus penduduk dan mengurung mereka sebagai hamba.
Kumpulan itu mempunyai hubungan rapat dengan diktator Augusto Pinochet (1973-1990) dan akan menyeksa dan “menghilangkan” para pengkritik.
Jerman berkata pada Jumaat ia akan membayar sehingga 10,000 euro kepada mangsa koloni itu.
Pampasan itu terlalu sedikit jikan bandingkan dengan 40 tahun kerja tanpa gaji, kata Schaffrick, yang juga merujuk kepada penderitaan yang disebabkan oleh perhambaan, dipukul, dadah dan penderaan seksual selama 20 tahun.
“Bagaimana saya akan menghabiskan usia saya, bagaimana saya akan hidup? Ia tidak boleh diselesaikan, itulah yang serius mengenai keadaan ini,” katanya.
Keganasan dan penderaan
Winfried Hempel, yang dilahirkan di kampung itu dan tinggal di sana sehingga usia 20 tahun, juga merasakan pampasan dicadangkan “adalah satu langkah ke hadapan, tetapi sudah pasti tidak mencukupi.”
“Apa yang kami mahukan, dan apa yang kami pertikaikan adalah apa yang kita beri kepada peneroka yang sudah cukup tua mencukupi untuk mereka bersara dengan pencen selayaknya, tidak lebih dan tidak kurang,” kata peguam yang memperjuangkan mangsa.
Di pejabatnya di Santiago, Hempel memberitahu AFP mereka akan terus berusaha mendapatkan pampasan sewajarnya.
Kira-kira 240 orang terselamat adalah warga Jerman dan Chile layak menerima pembayaran itu, termasuk 80 orang yang kini tinggal di Jerman, daripada dana bernilai 3.5 juta euro hingga 2024.
Pusat Perlembagaan dan Hak Asasi Manusia Eropah mengatakan kementerian luar Jerman “tidak mematuhi tanggungjawab undang-undang untuk memberi pampasan kepada mangsa”, sambil menambah bahawa “banyak mangsa Chile tercicir”.
Sebuah jawatankuasa kerajaan dan Parlimen Jerman dalam laporannya berkata pada Jumaat yang Schaefer “meruntuhkan keluarga, mendera kanak yang tak terhitung jumlahnya dan secara aktif bekerjasama dengan diktator Pinochet dalam melakukan penyeksaan, pembunuhan dan kehilangan individu.
“Orang yang terselamat masih menderita akibat kesan psikologis dan fizikal yang teruk selepas bertahun-tahun disebabkan oleh keganasan, penderaan, eksploitasi dan buruh hamba.”
Skala kekejaman yang dilakukan di selatan Santiago diketahui umum hanya selepas berakhirnya rejim Pinochet.
Schaefer, yang pada mulanya lari daripada diadili, ditangkap di Argentina pada 2005 dan kemudian dipenjara di Chile atas kesalahan penderaan seksual kanak-kanak dan lain-lain. Beliau meninggal dunia di penjara dalam usia 88 tahun pada 2010. – AFP, 19 Mei, 2019.
Komen