Ahli politik anti-Islam kalah pilihan raya Australia


Pengkritik dan penganalisis politik ternyata gembira dengan kekalahan Fraser Anning pada pilihan raya negara itu semalam. – Gambar EPA, 19 Mei, 2019.

AHLI politik Australia yang pernah dibaling telur kerana pendirian anti-Islamnya, tewas pada pilihan raya negara ini, lapor portal Independent.

Fraser Anning yang mencetuskan kemarahan umum kerana menyalahkan penghijrahan Islam sebagai punca serangan berdarah di New Zealand, gagal mempertahankan kerusinya di Queenslands dan memadamkan usahanya untuk kembali ke dewan senat.

Parti pimpinannya, Parti Konservatif Kebangsaan juga gagal mendapat memenangi sebaranng kerusi dewan perwakilan atau dewan senat.

Pengkritik dan penganalisis politik ternyata gembira dengan kekalahan Anning itu.

“Fraser Anning kembali ke tempat asalnya… beliau tidak layak berada di Parlimen,” kata komentator ABC News Antony Green.

Ahli Parlimen dari Parti Liberal, Trent Zimmerman menyifatkan kekalahan Anning antara yang keputusan terbaik pilihan raya kali ini.

Pada Mac lalu, Anning terlibat dalam pergelutan dengan remaja lelaki berusia 17 tahun, Will Connelly yang melemparkan telur kepadanya ketika beliau sedang mengadakan sidang media di Melbourne.

Remaja itu dipuji banyak pihak kerana tindakan beraninya itu dan dikenali sebagai ‘budak telur’.

Connelly bertindak sedemikian kerana tidak setuju dengan kenyataan Anning yang menyalahkan Islam berhubung serangan masjid di New Zealand yang didalangi oleh pengganas dari Australia. – 19 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen