Boeing akui kecacatan perisian simulator MAX 737


Boeing sudah melakukan pembetulan pada perisian simulator 737 MAX dan memberikan maklumat tambahan kepada pengendali peranti untuk memastikan pengalaman simulator mewakili semua keadaan penerbangan yang berbeza. – Gambar EPA, 19 Mei, 2019.

BOEING memaklumkan pada Sabtu ia sudah memperbaiki masalah dalam perisian simulator penerbangan yang digunakan untuk melatih juruterbang untuk memandu 737 MAX, model pesawat yang terlibat dalam dua kemalangan maut yang mengorbankan 346 nyawa.

“Boeing sudah melakukan pembetulan pada perisian simulator 737 MAX dan memberikan maklumat tambahan kepada pengendali peranti untuk memastikan pengalaman simulator mewakili semua keadaan penerbangan yang berbeza,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

“Perubahan ini akan meningkatkan simulasi beban daya pada roda trim manual. Boeing bekerjasama dengan pengeluar dan pengawal selia peranti mengenai perubahan dan penambahbaikan ini, dan memastikan latihan dijalani pelanggan tidak terganggu.” – AFP, 19 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen