Penerbangan pesawat Iraq ke Syria tangguh lagi


Khamis lalu, syarikat Iraqi Airways berkata ia akan menyambung semula penerbangan ke Damsyik, yang pertama sejak perang saudara Syria pada 2011. – Gambar AFP, 18 Mei, 2019.

DAMSYIK berkata ia sudah dimaklumkan bahawa penerbangan pesawat Iraq yang dirancang ke Syria tidak akan diteruskan atas alasan “pentadbiran”.

Khamis lalu, syarikat penerbangan nasional Iraq, Iraqi Airways berkata ia akan menyambung semula penerbangan ke Damsyik, yang pertama sejak perang saudara Syria pada 2011.

Namun, Kementerian Pengangkutan Syria hari ini berkata ia diberitahu bahawa dua penerbangan Iraqi Airways ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Penangguhan bagi membolehkan beberapa langkah pentadbiran serta organisasi antara syarikat dan pihak berkuasa penerbangan awam Syria selesai, kata kementerian itu dalam satu kenyataan di Facebook.

Penangguhan juga di saat berlaku ketegangan antara Iraq dan Amerika Syarikat serta jirannya, Iran. Juga selepas Pentagon mengerahkan kapal pengangkut yang disertai pesawat pengebom B-52 ke Teluk.

Jurucakap Iraqi Airways, Layth al-Rubaie berkata penerbangan terakhir dari Baghdad ke Damsyik ialah pada Disember 2011. – AFP, 18 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen