UNDANG-UNDANG melarang gugur kandungan yang diluluskan di Alabama dan Missouri merupakan ancaman kepada golongan wanita, kata aktres Eva Longoria.
“Apa yang berlaku di Alabama amat penting di dunia,” kata bintang drama komedi Desperate Housewives itu.
“Ia akan memberi kesan kepada semua orang jika tidak diberi perhatian.”
Longoria memberi amaran bahawa ‘kesan domino’ akan berlaku apabila negeri-negeri Amerika Syarikat (AS) yang lain akan menguatkuasakan undang-undang yang sama.
Aktres berketurunan Latin itu mengeluarkan komen tersebut selepas sekumpulan aktres wanita yang diketuai Charlotte Gainsbourg, Rossi de Palma dan pengarah Perancis Claire Denis mahu melancarkan protes berhubung larangan itu pada majlis karpet merah Cannes. – AFP, 18 Mei, 2019.
Komen