Bangladesh halang 84 pelarian Rohingya naiki bot ke Malaysia


Di Saint Martin, pasukan pengawal pantai Bangladesh menahan 17 pelarian Rohingya dan lima penyeludup Bangladesh sebelum mereka sempat menaiki bot nelayan. – Gambar EPA, 18 Mei, 2019.

PIHAK berkuasa Bangladesh menghalang 84 pelarian Rohingya Myanmar daripada cuba menaiki bot menuju ke Malaysia.

Polis di Pekua berkata 67 etnik Rohingya dari kem Kutulapong ditahan ketika mereka menunggu menaiki bot menangkap ikan.

Mereka termasuk 31 wanita dan 15 kanak-kanak.

Di Saint Martin, pasukan pengawal pantai menahan 17 etnik Rohingya dan lima penyeludup Bangladesh sebelum mereka sempat menaiki bot nelayan.

Komander pasukan pengawal pantai,  Fayezul Islam Mondol berkata pihaknya mendapat maklumat tentang aktiviti penyeludupan itu.

Kira-kira 740,000 etnik Islam Rohingya melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh susulan operasi kejam tentera Myanmar pada Ogos 2017.

Mereka menyertai 300,000 pelarian Rohingya yang sudah tinggal di kem di Cox Bazar.

Ribuan pelarian cuba melarikan diri dari kem itu pada setiap tahun dengan harapan mencari peluang hidup yang lebih baik di Malaysia dan Thailand. – AFP, 18 Mei, 2019.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen