SEEKOR Anjing yang bijak di timur laut Thailand digelar sebagai hero selepas mencari dan menyelamatkan bayi yang didakwa dikebumikan di sebuah ladang oleh seorang ibu muda, kata polis pada hari Sabtu.
Bayi baru lahir yang ditanam di bawah tanah berhampiran ladang Chumpuang di wilayah Nakhon Ratchasima ditemui pada hari yang sama - 15 Mei - oleh anjing yang sangat cerdik Ping Pong.
Anjing itu menggali di sekitar kawasan itu dan mula menyalak, memaklumkan pemiliknya yang merupakan seorang penggembala lembu, yang melalui kawasan tersebut.
“Saya tidak fikir ia lama selepas ibunya menguburkan anak itu sebelum anjing itu menemuinya,” kata pegawai penyiasat kes Panuvat Udkam kepada AFP.
Beliau menambah bahawa bayi lelaki itu sihat, dan kini sedang dirawat di hospital, dan belum diberi nama.
Ibu remaja itu didakwa dengan pertuduhan percubaan membunuh dan pengabaian kanak-kanak.
Panuvat berkata suspek berusia 15 tahun dan cuba membuang anak itu kerana takut ibu bapanya akan marah.
“Jadi selepas dia lahirkan bayi itu sendiri, dia kuburkannya,” katanya.
Liputan media setempat dan pengguna media sosial memuji tindakan Ping Pong tersebut yang disifatkan sebagai hero.
Anjing adalah “sahabat” manusia, seorang pengguna Facebook mengulas di laman media Bahasa Inggeris, Khaosod. – AFP, 8 Mei, 2019.
Komen