Putrajaya mampu bayar balik jika projek Taman Rimba Kiara dibatalkan, kata Yeoh


Ragananthini Vethasalam

Yeoh, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , berkata dalam cadangannya untuk projek yang disemak semula bersama dengan penduduk TTDI, sebuah rumah bandar boleh dibina dengan harga RM25 juta berbanding blok kondominium. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 18 Mei, 2019.

KERAJAAN boleh membayar kembali kepada pemaju kondominium mewah di Taman Rimba Kiara jika projek itu dibatalkan, kata Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh.

Beliau mempertikaikan dakwaan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad bahawa kerajaan perlu membayar RM150 juta untuk membayar pemaju jika projek itu dibatalkan.

Menurut Yeoh, pembayaran akan hanya berjumlah RM115.41 juta dan wang itu boleh dikembalikan sekiranya 97% telah dibayar kepada agensi kerajaan.

“Jadi kita boleh bayar balik,” katanya pada sesi perjumpaan di Taman Tun Dr Ismail hari ini.

RM115 juta adalah angka yang dilaporkan sebelum ini sebagai amaun premium tanah dan yuran perundingan yang dibayar kepada badan-badan kerajaan dan Yayasan Wilayah Persekutuan. 

Yayasan tersebut yang disebut sebagai pemilik tanah, terikat dalam usaha sama dengan pihak pemaju.

Yeoh, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , berkata dalam cadangannya untuk projek yang disemak semula bersama dengan penduduk TTDI, sebuah rumah bandar boleh dibina dengan harga RM25 juta berbanding blok kondominium.

“Ia hanya memerlukan RM25 juta bagi kerajaan untuk membina sebuah rumah bandar. Kerajaan telah membelanjakan lebih banyak lagi sehingga mereka dapat membelanjakanya sebegitu (banyak). “

Bagaimanapun, katanya jika kerajaan tidak mampu membayar balik pemaju, dan jika pemaju tidak dapat membina rumah bandar, maka pemaju lain harus melakukannya.

“Sekiranya Malton tidak dapat bina ini, biar orang lain membinanya,” katanya, merujuk kepada Malton Bhd yang mengawal pemaju projek Memang Perkasa Sdn Bhd.

Di bawah seliaan Yeoh dan cadangan penduduk TTDI, rumah-rumah bandar itu akan dibina dalam kawasan rumah panjang Bukit Kiara yang telah wujud tanpa menceroboh Taman Rimba Kiara. – 18 Mei, 2019.

.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen