AS lulus jualan senjata pada Korea Selatan, Jepun


AS meluluskan jualan senjata pertahanan udara bernilai lebih AS$600 juta ke Korea Selatan dan Jepun, ketika ketegangan kembali antara negara itu dan Korea Utara. – Gambar AFP, 18 Mei, 2019.

AMERIKA Syarikat (AS) semalam berkata ia meluluskan jualan senjata pertahanan udara bernilai lebih AS$600 juta ke Korea Selatan dan Jepun, ketika ketegangan kembali antara negara itu dan Korea Utara.

Jabatan Dalam Negeri berkata ia meluluskan 94 senjata SM-2 yang digunakan oleh kapal dalam mengatasi ancaman udara, bersama 12 sistem berpandu dengan jumlah keseluruhan AS$313.9 juta.

Secara berasingan ia memberi kebenaran untuk menjual 160 senjata anti AMRAAM dan peralatan berpandu berkaitan ke Jepun pada nilai AS$317 juta.

Jualan itu akan menyokong dasar luar negara dan objektif keselamatan negara AS, dengan membantu sekutu utama dan “tidak akan mengubah keseimbangan ketenteraan asas di wilayah itu”, kata Jabatan Dalam Negeri AS.

Minggu lalu Korea Utara melakukan ujian senjata di mana Korea Selatan mendakwa ia peluru berpandu jarak depan dalam pelancaran keduanya dalam tempoh kurang seminggu.

Ujian itu dibuat ketika rundingan antara Korea Utara dan AS menemui jalan buntu, di mana Presiden Donald Trump bercakap tentang mengakhiri ujian senjata Pyongyang.

Pertemuan kedua antara Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada Februari lalu tidak menemui jalan penyelesaian, dengan AS enggan menarik balik sekatan sehingga Pyongyang mengambil langkah mengakhiri program nuklearnya. – AFP, 18 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen