SEORANG bekas pegawai CIA dijatuhi hukuman penjara 20 tahun semalam atas kesalahan melakukan intipan untuk China dalam kes yang dianggap sebahagian daripada “trend membimbangkan” dalam masyarakat risikan AS.
Kevin Mallory, 62, disabitkan bersalah mengikut Akta Pengintipan kerana menjual maklumat pertahanan sulit AS kepada ejen perisik China dengan bayaran AS$25,000 ketika ke Shanghai pada Mac dan April 2017.
“Objek anda dapatkan maklumat, dan objek saya ialah bayaran,” katanya kepada ejen China dalam satu mesej pada 5 Mei, 2017.
Tertuduh yang fasih berbahasa Mandarin berkhidmat dalam pasukan tentera AS, kemudian sebagai ejen khas perkhidmatan keselamatan di Jabatan Dalam Negeri sebelum menjadi pegawai kes sulit untuk CIA.
Mallory antara beberapa pegawai AS yang mendapat pelepasan keselamatan bertahap tinggi, yang ditahan dan didakwa atas kesalahan berurusan dengan perisik China. – AFP, 18 Mei, 2019.
Komen