Korea Utara alami kemarau paling buruk dalam satu abad 


Kemarau yang teruk menjejaskan pengeluaran hasil pertanian di Koera Utara sekaligus menimbulkan masalah kekurangan makanan serta ancaman kebuluran.– Gambar EPA, 17 Mei, 2019

KOREA Utara mengalami kemarau yang paling buruk sejak sejak seabad lalu, lapor media pada Jumaat, beberapa hari selepas Program Makanan Dunia menyatakan kebimbangan mengenai situasi di negara itu.

Negara yang terpinggir dan miskin itu, yang berdepan beberapa sekatan susulan program senjata nuklear dan peluru berpandu balistiknya, telah lama mengalami kesukaran menyediakan bekalan makanan kepada rakyatnya dan mengalami kekurangan bekalan makanan yang kronik.

Ia turut merekodkan hasil tuaian paling teruk tahun lalu, menurut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, iaitu penurunan sebanyak 500,000 tan berikutan bencana alam serta pengeluaran pertanian yang tidak efisien.

Dalam setahun, Korea Utara hanya menerima 56.3 milimeter hujan atau salji, lapor akhbar Rodong Sinmun pada Jumaat, iaitu yang terendah sejak 1917.

Bekalan air di tasik kat kolam tadahannya semakin mengering, menurut akhbar berkenaan, yang mana ia memberi kesan signifikan terhadap penanaman gandum, Barli, Jagung, ubi kentang dan kekacang.

Menurut Program Makanan Dunia, daripada 10.1 juta rakyat Korea Utara, 40% mengalami kekurangan bekalan makanan yang serius.

Beratus-ratus ribu orang dipercayai telah meninggal semasa kebuluran pada pertengahan hingga akhir 1990-an, suatu tempoh yang dikenali sebagai “Mac yang Sulit” di Utara.

Pyongyang sering dikutuk oleh masyarakat antarabangsa sejak beberapa dekad kerana hanya mengutamakan tentera dan program senjata nuklearnya berbanding menyediakan bekalan makanan untuk rakyatnya. – AFP, 17 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen