100 penduduk pulau terpencil Papua New Guinea terpaksa berpindah


Gempa 7.5 magnitud berlaku pada Selasa lalu, kira-kira 44km di timur laut Kokopo di di Papua New Guinea. – Gambar EPA, 17 Mei, 2019.

LEBIH 100 penduduk di sebuah pulau terpencil terpaksa berpindah selepas berlaku gempa bumi kuat di Papua New Guinea.

Pihak berkuasa berkata seorang warga emas kurang upaya cedera dalam kejadian pada Selasa di kepulauan Duke of York.

Kawasan berhampiran pusat gempa bumi 7.5 magnitud itu bagaimanapun mengalamki sedikit kerosakan. Kerajaan masih sukar untuk ke kawasan penduduk.

Penyelaras Bencana Wilson Matava berkata pejabatnya kini merancang untuk menghantar tarpal (tarpaulin), air, makanan dan kelambu untuk penduduk kepulauan Duke of York.

Kepulauan itu terletak atas dua plat tektonik dan berisiko ditenggelami oleh peningkatan paras laut.

Gempa pada Selasa lalu menyebabkan penduduk bertempiaran lari kerana bimbang tsunami berlaku.

Kejadian berlaku pada jam 11 malam waktu tempatan, pada kedalaman 44km di timur laut Kokopo, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). – AFP, 17 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen