PARLIMEN Taiwan hari ini membenarkan perkahwinan sejenis menjadikan negara Asia pertama meluluskan undang-undang berkenaan.
Penggubal undang-undang meluluskan rang undang-undang dengan membenarkan pasangan sejenis membentuk “kesatuan kekal ekslusif” dan satu lagi klausa yang membolehkan mereka memohon “pendaftaran perkahwinan” dengan agensi kerajaan.
Undian yang dibuat pada Hari Melawan Homphobia, Transphobia dan Biphobia Antarabangsa merupakan kemenangan terbesar bagi komuniti LGBT di negara itu yang bertahun-tahun mempertahankan hak untuk perkahwinan sejenis.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, golongan konservatif menggesa untuk membatalkan undang-undang perkahwinan sejenis.
Kumpulan hak gay mengatakan kebenaran memohon “pendaftaran perkahwinan” – yang dikenali sebagai Klausa Empat – menempatkan komuniti mereka lebih dekat kepada pasangan heteroseksual.
“Petikan Klausa Empat memastikan dua pasangan sejenis boleh mendaftarkan perkahwinan mereka pada 24 Mei dan memastikan Taiwan menjadi negara pertama di Asia menghalalkan perkahwinan sejenis dan membuka sejarah baharu di negara itu,” kata Taiwan Alliance untuk Menggalakan Hak Perkongsian Awam.
Dua tahun lalu Mahkamah Tinggi Taiwan memutuskan untuk tidak membenarkan pasangan sejenis berkahwin kerana melanggar perlembagaan dengan memberi kerajaan sehingga 24 Mei 2019 untuk membuat perubahan atau melihat kesaksamaan perkahwinan digubal secara automatic.
Bahagian utama lain dari undang-undang masih dibahaskan dan mengundi pada hari ini termasuk apa, jika ada ketentuan yang ada untuk pasangan sejenis untuk mengambil anak angkat. – AFP, 17 Mei, 2019.
Komen