Pakar bius Perancis dituduh racun pesakit


Frederic Pechier, 47, yang bekerja bekerja sebagai pakar bius di dua buah klinik swasta di Besancon kini didakwa dengan 24 kes, sembilan daripadanya menyebabkan kematian. – Gambar AFP, 17 Mei, 2019.

SEORANG doktor di Perancis yang sebelum ini disiasat atas tuduhan meracun tujuh pesakit kini didakwa melakukan perkara sama terhadap 17 lagi pesakit di kliniknya di timur negara itu , kata peguamnya.

Frederic Pechier, 47, yang bekerja bekerja sebagai pakar bius di dua buah klinik swasta di Besancon kini didakwa dengan 24 kes, sembilan daripadanya menyebabkan kematian.

Pechier berdepan hukuman mati jika didapati bersalah.

Pechier pertama kali didakwa pada 2017 bagi dua kes kematian dalam tujuh kes keracunan sepanjang 10 tahun.

Dia disoal siasat minggu ini mengenai 66 kes kegagalan jantung yang mencurigakan semasa pembedahan ke atas pesakit yang dianggap berisiko rendah.

“Tujuh belas kes telah dikesan melibatkan pesakit berusia antara 4 hingga 80 tahun, yang mana tujuh gagal diselamatkan oleh doktor,” kata pendakwa raya Besancon Etienne Manteaux . – AFP, 17 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen