SEPULUH orang menerima hukuman mati di Vietnam atas kesalahan menyeludup dadah jenis methamphetamine, ketamine dan ecstasy menggunakan kereta api, lapor media tempatan hari ini.
Kumpulan itu menyeludup 300kg dadah dari utara Vietnam ke Ho Chi Minh City antara 2015 dan 2016.
Lima lelaki dan lima wanita dijatuhkan hukuman mati selepas dibicarakan minggu ini. Dua lagi ahli kumpulan masih ditahan dipenjara.
Pegawai mahkamah tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut.
Perbicaraan susulan beberapa serbuan di Vietnam yang dikatakan mempunyai undang-undang dadah paling ketat di dunia.
Suspek yang ditangkap bersama lebih 600g heroin atau lebih 2.5kg methamphetamine boleh dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Minggu lepas, polis Vietnam merampas setengah tah ketamin di Ho Chi Minh City dan menahan tiga rakyat Taiwan dan seorang rakyat China. – AFP, 17 Mei, 2019.
Komen