PASUKAN gabungan diketuai Arab Saudi yang terlibat dalam peperangan di Yaman pada Khamis mengumumkan mengenai hasil siasatan insiden serangan udara terhadap tentera Houthi di Sanna, lapor agensi berita Xinhua.
Jurucakapnya Turki al-Maliki berkata dalam satu kenyataan, hasil siasatan ke atas operasi ketenteraan yang dijalankan pada Khamis di Sanaa itu, dirujuk kepada Pasukan Penilaian Bersama Insiden untuk diteliti sama ada terdapat kecederaan terhadap orang awam yang tidak disengajakan.
Beliau berkata semua dokumen yang diperlukan telah diserahkan kepada pasukan itu.
Tindakan jelas menunjukkan komitmen gabungan terhadap undang-undang antarabangsa dan protokol operasi ketenteraan dalam memastikan tanggungjawab serta ketelusan dilaksanakan, katanya. – Bernama, 17 Mei, 2019.
Komen