Konflik AS-Iran, PBB gesa semua pihak bertenang


PBB menyeru semua pihak bertenang di tengah-tengah ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat. – Gambar EPA, 17 Mei, 2019.

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menyeru semua pihak supaya “bertenang” di tengah-tengah ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Xinhua.

“Kami amat prihatin terhadap ketidakstabilan yang wujud dan menyeru semua pihak bertenang bagi mengelakkan ketegangan memuncak,” kata jurucakap Stephane Dujarric kepada pemberita.

“Keadaan…sudah tidak menentu dan bimbang dengan retorik yang kami dengar. Kita bimbang kerana tindakan dan retorik boleh disalah tafsir yang boleh membawa kepada masalah lebih teruk.”

AS meningkatkan tekanan ke atas Iran, dengan menuduh Kor Pengawal Revolusi Islam (RGC) sebagai kumpulan pengganas, mengenakan larangan ke atas eksport minyak dan menempatkan pasukan tentera di kawasan Teluk. – Bernama, 17 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen