Penerbangan Iraq Airways ke Syria disambung semula selepas 8 tahun


Iraq Airways memulakan kembali penerbangan ke negara jiran Syria mulai Sabtu, selepas perkhidmatan itu diberhentikan selama lapan tahun. – Gambar AFP, 17 Mei, 2019.

IRAQ Airways memulakan kembali penerbangan ke negara jiran Syria mulai Sabtu, selepas perkhidmatan itu diberhentikan selama lapan tahun, lapor agensi berita Xinhua. 

Penerbangan ke ibu kota Syria, Damsyik akan beroperasi pada 18 Mei ini dengan membawa penumpang terdiri delegasi rasmi, kata  jurucakap Iraq Airways, Layth al-Rubaie pada Khamis.

“Untuk permulaan terdapat satu penerbangan setiap minggu, dan kita akan lihat sama ada perlu untuk meningkatkan jumlah penerbangan,” kata al-Rubaie.

Laluan Baghdad-Damsyik penting bagi kedua-dua negara kerana terdapat komuniti besar rakyat Iraq di Syria, selain jumlah perdagangan yang banyak. 

Penerbangan Iraq ke Syria digantung sejak konflik Syria meletus pada Mac 2011 yang mencetuskan demonstrasi anti-kerajaan dan perang saudara berdarah, menyaksikan ratusan ribu nyawa terkorban. – Bernama, 17 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen