AS laksana hukuman mati 2 lelaki


Donnie Edward Johnson dan Michael Brandon Samra menjalani hukuman mati semalam, selepas disabitkan bersalah melakukan pembunuhan. – Gambar AFP, 17 Mei, 2019.

SEORANG lelaki Tennessee yang membunuh isterinya dan seorang lelaki Alabama yang disabitkan bersalah membunuh empat orang menjalani hukuman mati menerusi suntikan maut semalam.

Donnie Edward Johnson, 68, disabitkan bersalah pada 1984 kerana membunuh isterinya Connie Johnson, di Memphis dengan menyumbang plastik sampah ke tekaknya dan melemaskan mangsa.

Michael Brandon Samra, 41, disabitkan bersalah pada 1998 kerana terbabit dalam pembunuhan Randy Duke; teman wanita Duke, Dedra Mims Hunt dan dua anak Hunt berusia enam dan tujuh tahun.

Samra berusia 19 tahun ketika melakukan pembunuhan di Pelham, Alabama.

Dia bersekongkol dengan Mark Duke, anak Randy yang berusia 16 tahun ketika itu susulan marah apabila Randy tidak membenarkannya menggunakan trak.

Randy dan Dedra ditembak mati sementara dua kanak-kanak itu dikelar tekak.

Mark juga dijatuhi hukuman mati tetapi ditukar kepada penjara seumur hidup selepas Mahkamah Tinggi AS memutuskan pada 2005 yang tertuduh di bawah usia 18 tahun ketika itu, tidak patut dihukum mati. – AFP, 17 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen