40 lagi saksi kes SRC International Najib akan dipanggil


Bede Hong

40 orang lagi saksi akan dipanggil beri keterangan untuk kes SRC International melibatkan Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 17 Mei, 2019.

PENDAKWAAN mempunyai 40 orang lagi saksi untuk perbicaraan kes SRC International melibatkan Najib Razak.

Setakat ini, 37 saksi sudah memberikan keterangan.

Najib berdepan tujuh pertuduhan berkaitan pemindahan RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Perbicaraan sudah masuk hari ke-18, masih berbaki 38 hari.

Pendakwa Raya V Sithambaram memberitahu mahkamah yang tempoh perbicaraan bergantung- dilihat sebagai sindiran kepada pembelaan yang memohon penggantian hari- kepada tempoh saksi memberikan keterangan.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali turut menetapkan tarikh ganti perbicaraan seperti dimohon pihak pembelaan untuk membolehkan mereka hadir kes lain setiap Jumaat.

Tarikh perbicaraan itu adalah- 28 dan 29 Mei, 10 hingga 13 Jun, 14 (Jumaat separuh hari), 17 hingga 21 (Jumaat separuh hari), 1 hingga 3 Julai dan 8 Julai hingga 15 Ogos (kecuali Jumaat). – 17 Mei, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen