Wartawan Mexico dibunuh, mangsa kelima bagi 2019


Wartawan Francisco Romero ditemui mati berlumuran darah di luar sebuah kelab malam di Playa del Carmen. – Gambar AFP, 17 Mei, 2019.

SEORANG wartawan dibunuh di sebuah bandar peranginan di pantai Caribbean Mexico selepas menerima ugutan bunuh, kata pihak berkuasa.

Mangsa menjadi wartawan kelima yang dibunuh tahun ini, di mana Mexico negara paling berbahaya untuk media.

Francisco Romero, yang berdaftar dengan program perlindungan kerajaan bagi wartawan dan aktivis, ditemui mati di luar sebuah kelab malam di Playa del Carmen, kampung halamannya, menurut, pendakwa raya di Quintana Roo.

Pejabat Pendakwa raya membuka siasatan kes homiside, berkata Romero memfailkan satu aduan pada 12 April berkenaan ugutan diterimanya.

Wartawan Without Borders itu berkata pembunuhan secara rasminya menjadikan Mexico egara paling berbahaya di dunia untuk wartawan.

Tahun lalu, kumpulan pemantau menarafkan negara itu ketiga paling bahaya bagi media, selepas negara berperang Afghanistan dan Syria.

Mexico berdepan gelombang keganasan yang berkait dengan penyeludupan dadah dan rasuah politik sejak beberapa tahun lalu, dan bertanya terlalu banyak soalan tentang jenayah dan rasuah boleh membawa maut. – AFP, 17 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen