3 beranak didakwa bunuh remaja hamil, curi bayi dalam kandungan


Tiga individu, Clarisa Figueroa, anak perempuannya, Desiree dan teman lelakinya Piotr Bobak didakwa membunuh seorang remaja hamil Marlen Ochoa-Lopez di Chicago. – Gambar AFP, 17 Mei, 2019.

POLIS di Chicago mendakwa tiga tertuduh semalam berkaitan pembunuhan seorang remaja hamil yang bayinya dikeluarkan daripada rahim selepas kematiannya.

Polis berkata Marlen Ochoa-Lopez, 19, diumpan ke rumah individu yang dikenalinya pada 23 April dengan janji diberikan barangan kelengkapan bayi secara percuma, sebaliknya mangsa dicekik sehingga mati, dan bayinya dikeluarkan daripada rahim.

Clarisa Figueroa, 46, dan anak perempuannya, Desiree, 24, didakwa membunuh dengan niat.

Piotr Bobak, 40, yang dipercayai teman lelaki Figueroa didakwa tuduhan menyembunyikan pembunuhan.

Ketua Polis Chicago Eddie Johnson pada sidang akhbar berkata jenayah itu menjijikkan dan amat mengerikan”.

“Saya tidak dapat berpura-pura dapat membayangkan apa dilalui keluarga mangsa ketika ini.

“Mereka sepatutnya meraikan kelahiran bayi. Sebaliknya, mereka meratapi kehilangan ibu dan kemungkinan juga anaknya,” kata Johnson.

Polis menemui mayat Ochoa-Lopez disembunyikan dalam tong sampah ketika menyerahkan waran menggeledah di rumah Figueroa malam kelmarin. – AFP, 17 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen