9 terperangkap dalam runtuhan bangunan di Shanghai


Sembilan orang terperangkap selepas bangunan menempatkan pejabat pengedar automatif runtuh ketika sedang menjalani sesi pengubahsuaian di Shanghai hari ini. – Gambar China Daily, 16 Mei, 2019

SEMBILAN orang terperangkap selepas bangunan menempatkan pejabat pengedar automatif runtuh ketika sedang menjalani sesi pengubahsuaian di Shanghai hari ini.

Kejadian berlaku kira-kia jam 11.30 pagi (waktu tempatan) di sebuah kawasan di tengah Shanghai, kata Kementerian Pengurusan Kecemasan China di media sosial.

Pasukan bomba dan penyelamat berjaya menarik keluar 11 mangsa ke kawasan selamat.

Gambar di media sosial menunjukkan pekerja binaan dalam keadaan berlumuran darah dan berdebu digali di dalam tapak runtuhan oleh pasukan penyelamat.

Bangunan bertingkat rendah itu digunakan untuk mengedar kereta Mercedes-Benz.

Setakat ini tiada laporan mengenai kecederaan atau kematian. 

Seorang penduduk tempatan berkata, ketika kejadian dia sedang tidur dan tersedar apabila katilnya bergoyang.

“Macam gempa bumi, lama-lama makin kuat. Mulanya saya fikir ada letupan berlaku,” katanya yang enggan dikenali kepada AFP. – AFP, 16 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen