Pentagon akan hantar khemah tempatkan pendatang di sempadan Mexico 


Lebih 100,000 pendatang ditangkap selepas menyeberangi sempadan AS-Mexico pada bulan April.– Gambar EPA, 16 Mei, 2019

TENTERA Amerika Syarikat akan menghantar khemah dan tempat perlindungan lain ke sempadan Mexico untuk menempatkan pendatang sementara, kata Pentagon pada Rabu.

Jurucakap Jabatan Pertahanan AS Chris Mitchell berkata, Pentagon telah menerima permohonan daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri “untuk membina kemudahan sementara di enam lokasi spesifik bagi menempatkan dan menjaga sekurang-kurangnya 7,500 pendatang.

Bagaimanapun, jabatan itu “tidak akan menyediakan sokongan penahanan bagi pendatang asing yang ditahan di kemudahan ini. Jabatan Kastam dan Imigresen AS yang bertanggungjawab atas sokongan penahanan,” menurut kenyataan itu.

Pemangku Setiausaha Pertahanan Patrick Shanahan mesti menandatangani permintaan itu, yang mana Mitchell berkata akan berlaku “tidak lama lagi.”

Jabatan Pertahanan juga mengumumkan pada Rabu bahawa Jurutera Tentera AS telah menganugerahkan dua kontrak syarikat bernilai AS$788 juta untuk membina “penggantian dinding penghadang” dan “penggantian penghalang kenderaan dan pejalan kaki” di sepanjang sempadan AS-Mexico di California dan Arizona, yang akan siap pada awal tahun depan.

Lebih 100,000 pendatang ditangkap selepas menyeberangi sempadan AS-Mexico pada bulan April, menurut sumber kerajaan AS.

Secara keseluruhan, hampir setengah juta orang telah dihentikan ditahan sejak Oktober 2018. – AFP, 16 Mei, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen