BELIA tidak boleh dianggap sebagai pemimpin masa depan tetapi sebaliknya harus diberi peranan kepimpinan hari ini, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, kerajaan sedang mengkaji cara untuk memberi peluang belia memainkan peranan dalam lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan.
Menteri itu berkata langkah itu tidak pernah berlaku sebelum ini, menyebut berkenaan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad Shahril Ridza Ridzuan yang diberi mandat memimpin Malaysia Resources Corp Bhd semasa Krisis Kewangan Asia 1997.
Menteri berusia 26 tahun ini berkata, ia bukti Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad percaya dalam menaikkan golongan belia.
“Kita perlu menjadikan kepimpinan belia ini sesuatu yang biasa kerana ini masa depan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Hari Belia Kebangsaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2019.
Bagaimanapun beliau berkata, negara tidak akan membuat banyak kemajuan melainkan isu remeh seperti masalah gaji minimum.
Beliau juga tidak bersetuju dengan pendapat bahawa belia memilih pekerjaan dan menuntut gaji tinggi terutama melibatkan kerja kotor, berbahaya dan sukar (dirty, difficult, dangerous) yang dikenali sebagai pekerjaan 3D.
Syed Saddiq berkata, jika tanggapan itu benar tidak ada belia Malaysia yang sanggup bekerja di Korea Selatan atau memetik buah di Australia. – 15 Mei, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen