Belia mesti tolak rasuah, kata PM


Ragananthini Vethasalam

Sempena Hari Belia Negara 2019, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengingatkan anak muda supaya menjauhi rasuah dan mempertahankan integriti sepanjang masa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Mei, 2019.

BERSEMPENA Hari Belia Negara 2019, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengingatkan anak muda supaya menjauhi rasuah dan menegakkan integriti sepanjang masa.

“Saya ingin menekankan kepada belia yang memegang jawatan dalam sektor awam dan swasta termasuk di organisasi bukan kerajaan supaya sentiasa menegakkan integriti dan menolak rasuah,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Perdana menteri berkata belia harus sedar mengenai bahaya rasuah yang menyebabkan kerajaan terdahulu tumbang.

Dr Mahathir turut mengakui peranan belia membantu Pakatan Harapan menewaskan Barisan Nasioan dalam pilihan raya umum lalu.

Belia katanya perlu berkerjasama dengan generasi lebih berusia untuk membangunkan negara.

Jelasnya, belia sangat kuat menegakkan prinsip-prinsip moral yag betul serta melawan kepercayaan “cash is king” yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Barisan Nasional.

“Bukan rahsia lagi bahawa belia menjadikan ini (kemenangan PH) berlaku.

“Kerajaan berjaya menewaskan kerajaan lama kerana belia tidak mengalah kepada tekanan dan tidak takut kepada ancaman,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir mengingatkan belia bahawa tanggungjawab mereka tidak hanya ketika dalam pilihan raya kerana cabaran untuk menyelesaikan masalah yang ditingggalkan kerajaan terdahulu adalah besar.

“Kita perlu bekerjasama membaiki kerosakan ini dan datang dengan cara untuk memulihkan negara yang akan diwarisi oleh belia.” – 15 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen