Anwar beritahu Clooney jangan sibuk urusan Malaysia


Ragananthini Vethasalam

Sungguhpun Malaysia mengambil kira pandangan serta cadangan daripada masyarakat antarabangsa tetapi terpulang kepada negara untuk menentukan apakah yang terbaik untuk rakyat, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 15 Mei, 2019.

PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim hari ini menyelar bintang Hollywood George Clooney yang memberi amaran kepada Malaysia dan negara jirannya yang tiada toleransi terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Kenapa pula Malaysia perlu ditentukan oleh orang lain?” soal beliau, sambil menambah sungguhpun mengambil kira pandangan serta cadangan daripada masyarakat antarabangsa tetapi terpulang kepada negara untuk menentukan apakah yang terbaik untuk rakyat.

“Anda kena sedar yang rakyat Amerika menentukan evolusi mereka sendiri. Orang Jerman buat keputusan untuk diri mereka sendiri, orang China buat keputusan sendiri, kenapa keputusan Malaysia mesti ditentukan oleh orang lain?

“Ada isu kemanusiaan umum yang melibatkan hak asasi manusia atau keadilan…tetapi untuk mengatakan bahawa Amerika atau orang asing menentukan syarat, (dan) kita mesti patuh, saya tak fikir kita boleh mentadbir seperti itu.”

Clooney pada Jumaat lalu memberi “amaran” kepada Malaysia dan Indonesia mengenai pelaksanaan undang-undang anti LGBT seperti yang dilaksanakan di Brunei.

Dalam rancangan temu bual The Ellen DeGeneres Show, pelakon itu berkata Malaysia dan Indonesia adalah antara negara yang sedang menimbang untuk melakasanakan undang-undang serupa. – 15 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen