Berlin tawar diri terima pelarian Syria


Berlin menawarkan diri membantu Lubnan mengurangkan beban pelarian Syria. – Gambar AFP, 15 Mei, 2019.

BANDARAYA Berlin, Jerman pada Selasa menyuarakan kesediaannya membantu Lubnan untuk mengurangkan beban sebagai tuan rumah kepada pelarian Syria, menurut agensi berita Xinhua, memetik agensi berita Lubnan.

“Kami menawarkan bantuan kepada Lubnan dan majlis perbandaran negara ini bersedia menjadi tuan rumah kepada pelarian Syria,” kata Menteri Dalam Negeri Berlin Andreas Geisel semasa lawatannya ke Sidon, selatan Lubnan.

“Selain itu, kami juga bersedia menyelaraskan dengan pihak berkuasa Lubnan untuk mengenal pasti bidang yang boleh kita bekerjasama,” katanya. 

Geisel berkata tujuan lawatannya untuk melihat bagaimana Berlin boleh menyokong Sidon, berikutan surat yang dihantar Datuk Bandar Sidon kepada rakan sejawatannya di Berlin. – Bernama, 15 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen