SIRI lukisan terkenal “Meules” hasil karya Claude Monet, dijual pada harga AS$110.7 juta (RM462 juta) di New York semalam dalam rekod lelongan bagi pelukis Perancis itu.
Jualan di Sotheby’s itu – kali pertama hasil kerja itu dilelong sejak 1986, mencecah satu daripada 10 harga tertinggi yang pernah dilihat pada acara lelongan.
Secara keseluruhan, termasuk yuran dan komisen, ia 44 kali lebih tinggi berbanding rekod sebelumnya untuk lukisan.
Monet melukis 25 siri “Meules” pada musim sejuk 1890 hingga 1891 di rumahnya di Giverny, di Normandy, Perancis.
Dalam setiap lukisan, Monet menunjukkan cahaya dan persekitaran sama ketika ia berubah pada masa berbeza hari tertentu, dengan pelbagai musim dan jenis cuaca.
Satu lagi lukisan bersiri dijual pada November 2016 oleh pusat lelongan Christie’s di New York pada harga AS$81.4 (RM340 juta).
Hasil kerja yang terjual di Sotheby’s itu antara lukisan Monet paling terkenal. – AFP, 15 Mei, 2019.
Komen