Grab yakin undang-undang baru e-hailing tingkat jumlah pemandu


Low Han Shaun

Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh yakin perkhidmatan perkongsian perjalanan memperoleh manfaat daripada langkah menjadikan e-hailing ia sah di sisi undang-undang. – Gambar The Malaysian Insight, 11 April, 2017.

SYARIKAT perkhidmatan perkongsian kenderaan, Grabcar yakin langkah menjadikan perkhidmatan e-hailing sah di sisi undang-undang akan meningkat bilangan pemandunya.

Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh, berkata peraturan yang dicadangkan akan memastikan pemandu “berasa lebih selesa di jalan raya” serta membantu penumpang berasa selamat.

“Sudah pasti, kami menjangkakan kemahiran pemanduan turut naik. Sesuatu yang saya sentiasa katakan tentang peraturan adalah perkhidmatan kami sentiasa sah di sisi undang-undang. Ia hanya tidak dipastikan dari segi keperluan pengawalseliaannya.

“Sebagai contoh, kami menyediakan perlindungan insurans kemalangan diri berkumpulan bagi semua pemandu dan penumpang kami, tetapi sebelum peraturan undang-undang, orang selalu bertanya soalan seperti ‘betulkah saya dilindungi insurans atau tidak?’ atau ‘adalah tuntutan itu akan diterima’,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Goh berkata Grab akan membantu pemandu apabila pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 diluluskan.

“Walaupun pemandu yang ada sekarang kami sah, akan ada keperluan undang-undang tertentu (dalam pindaan) yang meningkatkan keselamatan. Kami pasti akan membimbing pemandu kami melalui proses itu bagi memastikan mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak menyalahi undang-undang.”

Beliau juga berkata kelewatan dalam meluluskan peraturan itu dilihat sebagai langkah menyediakan rang undang-undang yang komprehensif kepada orang ramai.

“Kami melihat kelewatan dalam peraturan itu sebagai langkah menyediakan lebih banyak kepastian kepada pengguna kami serta pelbagai pihak berkepentingan sama ada SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) atau rakan kongsi kami yang lain.

“Peraturan adalah bahagian sangat penting dalam memberikan kepastian itu, tetapi kami bukan tergesa-gesa. Kami  beroperasi di kawasan baru untuk sementara waktu. Apa yang penting ialah memastikannya dilaksanakan dengan betul,” katanya.

Sementara itu, sesetengah pemandu e-hailing tidak pasti langkah mengawal selia perkhidmatan perkongsian perjalanan.

Lee Jian Wei, 23, pemandu perkhidmatan perkongsian perjalanan berkata beliau bimbang yuran lesen terlalu tinggi.

“Tujuan utama saya memandu untuk menyimpan duit dan mengambil peluang yang ada sebaiknya. Jika saya terpaksa membayar harga lesen yang mahal, saya tidak fikir ia sesuai untuk saya,” katanya.

Lee, yang enggan mendedahkan beliau daripada syarikat perkhidmatan perkongsian perjalanan mana, peraturan yang dicadangkan itu akan membangkitkan kemarahan pemandu teksi.

“Kita perlu faham, pemandu teksi sudah ada sejak lama dahulu dan memonopoli pasaran begitu lama. Adakah anda fikir mereka akan memberi laluan begitu sahaja kepada pemandu seperti kami apabila undang-undang itu diluluskan? Saya tidak fikir begitu,” katanya berkata.

Pemandu lain, yang hanya mahu dikenali sebagai Hazir, berkata beliau bimbang pendaftaran pemandu bagi perkhidmatan ini hanya akan menyusahkan.

“Sebagai contoh, jika terdapat giliran panjang bagi pemeriksaan kenderaan kami apabila mendaftar, ia hanya membuang masa, dan pemandu seperti kami menggunakan masa untuk memandu. Siapa yang akan membayar kami masa yang terbuang itu?”

Beliau juga berharap kerajaan akan lebih telus ketika membentangkan peraturan seperti ini.

“Denda RM500,000 tanpa lesen? Saya tidak tahu tentang ini, saya berharap kerajaan akan lebih bersikap terbuka apabila membuat undang-undang ini,” katanya.

Pindaan rang undang-undang kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 mengemukakan beberapa terma dan syarat bagi pemohon yang mahu menggunakan aplikasi perkongsian perjalanan sebagai sumber pendapatan.

Menurut rang undang-undang, mana-mana pemohon yang beroperasi tanpa lesen perniagaan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 dan atau penjara sehingga tiga tahun.

Pemohon tidak mengikut kriteria ditetapkan oleh SPAD boleh dikenakan denda tidak kurang RM1,000 tetapi tidak lebih RM200,000 dan atau penjara sehingga dua tahun.

Pindaan rang undang-undang, jika diluluskan, akan memberi pemandu tempoh setahun untuk memohon lesen baru. – 11 April, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen