PEGAWAI tertinggi tentera dan bekas menteri yang berkhidmat di bawah Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-o-cha adalah antara 250 senator baharu yang dilantik sebagai anggota Dewan Tertinggi Parlimen Thailand.
The Royal Gazette hari ini mengumumkan nama senator yang dilantik oleh Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) yang diketuai oleh Prayuth.
Senator-senator baharu itu memainkan peranan utama kerana mereka akan menyertai Dewan Perwakilan yang mempunyai 500 anggota untuk memilih perdana menteri yang akan datang.
Antara senator itu ialah bekas anggota Dewan Perundangan Nasional (NLA) dan juga adik lelaki Prayuth iaitu Jen Preecha Chan-o-cha.
Lima belas anggota kabinet yang berkhidmat di bawah pentadbiran Prayuth dan meletak jawatan minggu lepas juga termasuk dalam senarai. – Bernama, 14 Mei, 2019.
Komen