Mahkamah Singapura dakwa 2 ahli sindiket 'love scam' Nigeria


MAHKAMAH Singapura hari ini mendakwa dua lelaki Nigeria yang dipercayai ahli sindiket penipuan ‘love scam’ yang merekrut wanita tempatan mengutip wang untuk mereka, kata polis.

Dua lelaki yang dikenal pasti sebagai Oladayo Opeyemi Awolola, 34, dan Gbolahan Ayobami Awolola, 37, ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia di Kuala Lumpur bulan lepas dan dihantar ke Singapura pada semalam.

Mereka didakwa merekrut dua wanita Singapura sebagai ‘keldai’ sindiket untuk mengutip wang hasil penipuan cinta Internet di republik itu antara 2017 dan 2018, menurut kenyataan polis.

Polis berkata sepanjang tempoh itu wanita-wanita yang direkrut menerima Sg$85,700 dan menyerahkan wang tersebut kepada ahli sindiket di Malaysia.

Kedua-dua warga Nigeria itu boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Ini kes pertama suspek dari luar negara terlibat dalam penipuan ‘loce scam’ ditangkap dan dihantar ke Singapura untuk didakwa.

Sebanyak 660 kes melibatkan penipuan ‘love scam’ dilaporkan di Singapura pada tahun lepas. – AFP, 14 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen