PESAWAT kedua dari China yang membawa bekalan perubatan tiba di Venezuela semalam sebagai sebahagian daripada perjanjian kerjasama teknikal kemanusiaan antara pemerintah Presiden Nicolas Maduro dan rumah kuasa Asian.
Sebuah Boeing 747 yang membawa 71 tan ubat-ubatan dan bahan pembedahan tiba di ibu kota Caracas, kata kerajaan dalam satu kenyataan akhbar.
Bantuan itu termasuk bekalan untuk wanita hamil dan ubat-ubatan bagi merawat masalah pernafasan.
Menteri Kesihatan Carlos Alvarado berkata, dengan penghantaran kedua ini dan yang telah diterima dari Persekutuan Rusia, Palang Merah Antarabangsa dan Bulat Sabit Merah, kira-kira 166 tan ubat serta bekalan telah tiba di negara berkenaan.
Penghantaran terdahulu sebanyak 65 tan tiba dari China pada 29 Mac.
Selepas lima tahun berdepan masalah kemelesetan, Venezuela mengalami krisis kekurangan bekalan yang penting seperti makanan dan ubat-ubatan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, hampir seperempat penduduk berjumlah 30 juta di Venezuela memerlukan bantuan kemanusiaan.
Negara juga mengalami krisis politik sejak Januari lalu apabila pemerintahan sosialis ala revolusi presidennya Nicolas Maduro dicabar pemimpin pembangkang Juan Guaido untuk meletak jawatan.
Guaido cuba mendesak stok bantuan AS yang dibekalkan dari Colombia, Brazil dan Curacao tetapi tentera Venezuela atas perintah Maduro menghalangnya dari berbuat demikian.
Maduro telah menyalahkan sekatan AS untuk masalah Venezuela dan mendakwa menanggung ekonomi negara berjumlah US$ 30 bilion (RM125 bilion).
Kerajaan Maduri disokong oleh China dan Rusia manakala Amerika Syarikat menyokong Guaido. – AFP, 14 Mei, 2019.
Komen