LIMA orang maut dan seorang hilang selepas dua kapal terbang laut berlanggar di udara di tenggara Alaksa hari ini ketika membawa penumpang dari ekspedisi bersiar-siar, kata pegawai.
Kedua-dua pesawat itu – sebuah kapal terbang Beaver dan sebuah kapal terbang Otter membawa 16 penumpang dari kapal pesiar Royal Princess sebelum terjatuh berhampiran Ketchikan sekitar jam 1 petang waktu tempatan.
Empat yang maut termasuk seorang juruterbang. 10 orang telah diselamatkan dan menerima rawatan.
Pegawai Pantai Amerika Syarikat (AS) berkata, tiga orang disahkan meninggal dunia dan tiga lagi masih hilang sekitar Geoger Inlet.
Helikopter dan bot dikerahkan oleh pegawai pantai untuk operasi mencari serta menyelamat.
Kapten Stephen White Sector Guard Coast Sector Juneau berkata, di kawasan terpencil seperti ini, memandangkan sumber yang terhad, pihaknya bergantung pada agensi rakan kongsi dan menghargai sokongan diberikan oleh orang Samaria yang baik
“Dengan kehilangan nyawa dalam kes ini, kita tahu kesan ke Alaska adalah sangat besar dan pemikiran kita adalah dengan masyarakat di sini,” katanya.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional berkata, pihaknya akan melancarkan “Go Team” untuk menyiasat punca kemalangan itu. – AFP, 14 Mei, 2019
Komen