JORDAN mengutuk perbuatan sabotaj terhadap kapal dagang di perairan berhampiran Emiriah Arab Bersatu (UAE), lapor agensi berita Xinhua, memetik kenyataan Kementerian Luar Jordan pada Isnin.
Menterinya Ayman Safadi berkata, Jordan sentiasa menyokong langkah UAE membantah sebarang ancaman keselamatan dan keamanan maritim di kawasan Teluk itu.
Pada Ahad empat kapal dagang daripada beberapa negara disabotaj ketika berada di perairan pantai timur UAE. – Bernama, 14 Mei, 2019.
Komen