PERBICARAAN kes SRC International melibatkan Najib Razak hari ini ditangguhkan selama satu jam setengah pagi ini kerana peguam utama bekas perdana menteri itu mempunyai urusan mahkamah lain.
Perbicaraan yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, sepatutnya bermula pada pukul 9 pagi.
Menjelang pukul 10 pagi, Najib, disertai dua pembantunya meninggalkan bilik mahkamah untuk duduk di luar.
Beliau dilihat berbual dengan para pembantunya sambil menunggu kes itu dimulakan.
Shafee Abdullah, yang berdepan tuduhan jenayah berhubung dakwaan melakukan pengubahan wang haram sebanyak RM9.5 juta, memohon pasportnya dipulangkan bulan depan untuk tujuan berkaitan kerja.
Kebanyakan peguam pembela Najib berada di bilik mahkamah lain, di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Colin Lawrence Sequerah yang menerangkan mengenai keputusannya. – 14 Mei, 2019.
Berita penuh di sini
Komen