Polis Vietnam rampas ketamin bernilai RM87.44 juta


Polis Vietnam merampas setengah tan ketamin bernilai AS$21 juta (RM87.44 juta) di Ho Chi Minh City. – Gambar fail AFP, 13 Mei, 2019.

POLIS Vietnam merampas setengah tan ketamin bernilai AS$21 juta (RM87.44 juta) di Ho Chi Minh City, hab transit utama di mana beberapa rampasan dadah sintetik dilakukan dalam beberapa minggu.

Pengedar dadah menggunakan pelabuhan dan pengangkutan udara di bandar itu untuk mengedar dadah ke seluruh rantau ini.

Tiga rakyat Taiwan dan seorang lelaki warga China ditangkap di sebuah gudang semalam, lapor akhbar Thanh Nien.

Lebih daripada 500kg ketamin ditemui dalam jentera industri menerusi operasi yang dijalankan selepas pemantauan selama beberapa bulan.

Menurut laporan Thanh Nien, dadah itu dibawa ke Vietnam dan akan diseludup ke Taiwan. Punca dari mana dadah itu bersala masih belum dapat disahkan, kata polis. – AFP, 13 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen