Sri Lanka sekat laman media sosial susulan rusuhan anti Islam


Sri Lanka hari ini menyekat Facebook, WhatsApp dan paltform media sosial lain selepas kejadian rusuhan anti Islam di beberapa bandar susulan serangan bunuh diri pada Hari Easter, 21 April lalu. – Gambar AFP, 13 Mei, 2019.

SRI Lanka hari ini menyekat Facebook, WhatsApp dan paltform media sosial lain selepas kejadian rusuhan anti Islam di beberapa bandar susulan serangan bunuh diri pada Hari Easter lalu.

Kedai milik orang Islam diserang kumpulan Kristian menandakan ketegangan agama berterusan di negara itu sejak penyerang bunuh diri meletupkan tiga hotal dan gereja yang meragut 258 nyawa pada 21 April lalu.

Perinta darurat dikeluarkan dan pihak berkuasa telah menahan beberapa orang suspek kejadian yang didakwa dibantu oleh kumpulan militan Daesh.

Polis berkata serangan ke atas kedai-kedai di bandar Chilaw semalam dicetuskan oleh kemarahan terhadap hantaran di Facebook oleh seorang peniaga. Tembakan dilepaskan di udara untuk menyuraikan rusuhan tetapi keganasan terus merebak ke bandar-bandar berdekatan.

Menurut pihak berkuasa, satu kumpulan lelaki bermotosikal meneyrang kedai-kedai dekat Kuliyapitiya dan empat ahli kumpulan itu ditangkap. Berpuluh orang mengepung balai polis, memaksa mereka dibebaskan.

Sebuah masjid juga musnah walaupun perintah berkurung dikeluarkan.

Susulan itu, larangan ke atas media sosial dikeluarkan untuk meredakan ketegangan. – AFP, 13 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen