Tiada permohonan ubah status laporan 13 Mei, kata menteri


Chan Kok Leong

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata tiada siapa mahu meraikan ulang tahun 13 Mei, dan rakyat seharusnya pada ke depan, bukan ungkit cerita lama. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 13 Mei, 2019.

PUTRAJAYA tidak menerima sebarang permohonan untuk menukar status laporan kerajaan berkenaan rusuhan kaum 13 Mei yang berlaku 50 tahun lalu, kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas desakan untuk kerajaan mendedahkan hasil dapatan daripada laporan mengenai insiden itu.

Beliau berkata lebih baik untuk rakyat Malaysia pandang ke depan dengan kerajaan baharu, bukannya mengenang kisah lampau.

“Kita perlu belajar sesuatu daripada sejarah dan sudah jelas pun, tiada siapa mahu meraikan ulang tahun 13 Mei. Apa gunanya mengungkit cerita lama?

“Masa depan lebih penting. Insiden itu patut jadi pengajaran pada kita semua dan tidak boleh berulang lagi, itu yang lebih penting,” katanya di Putrajaya hari ini. – 13 Mei, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen