DISEBABKAN kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri memaksa kumpulan berpendapatan rendah menyewa rumah, menurut laporan terkini Institut Penyelidikan Khazanah.
Menurut laporan bertajuk “Memikirkan semula idea perumahan: Antara negara, pasaran dan masyarakat” itu, tindakan demikian mampu membantu mereka yang pada waktu ini tidak bersedia untuk menanggung komitmen kewangan berhubung pemilikan rumah.
Penulis utama laporan Dr Suraya Ismail berkata, menyewa adalah pilihan perlindungan kerana kadar hutang yang tinggi untuk isi rumah B40.
Laporan itu memetik data Bank Negara Malaysia mengatakan kira-kira 53% isi rumah kumpulan B40 pada 2015 berhutang termasuk pembelian kenderaan bermotor dan pembiayaan peribadi.
“Menyewa sebahagian daripada perlindungan. Ia sesuatu yang boleh anda lakukan sehingga gaji sudah cukup baik,” katanya.
Beliau berkata, ada yang tergesa-gesa untuk memiliki harta pada usia muda.
Pengarah urusan PPC International Siders Sittampalam memberitahu The Malaysian Insight bahawa nilai maksima rumah bagi mereka berpendapatan bawah RM3,000 sebulan adalah RM150,000.
Bagaimanapun beliau berkata, di Lembah Klang hampir tiada rumah mampu milik yang mempunyai harga sebegitu.
Siders berkata seseorang sepatutnya dapat memperuntukkan kira-kira satu pertiga daripada pendapatan mereka bagi membayar pinjaman perumahan, dengan anggapan tiada komitmen kewangan lain.
“Secara teori, pembayaran balik tidak boleh melebihi satu pertiga daripada gaji anda. Secara praktikal, anda pasti mempunyai komitmen lain,” katanya. – 13 Mei, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen