Perancis gesa Iran pamer kematangan politik berdepan AS


Amerika Syarikat diterajui Donald Trump berusaha menggagalkan perjanjian nuklear 2015 dengan penarikan diri dan mengenakan sekatan ke atas Iran. – Gambar AFP, 12 Mei, 2019.

MENTERI Luar Perancis Jean-Yves Le Drian menyifatkan ugutan Tehran untuk menyambung semula projek nuklearnya- seterusnya bercanggah dengan komitmen dibuat dalam perjanjian nuklear Iran 2015- sebagai “reaksi buruk” dan menggesa Tehran untuk menunjukkan “kematangan politik”.

“Reaksi Iran buruk, berdepan dengan keputusan buruk AS untuk menarik diri daripada perjanjian Vienna dan mengenakan sekatan,” kata Le Drian dalam satu wawancara dikeluarkan Le Parisien merujuk kepada perjanjian nuklear 2015 yang ditandatangani di Vienna.

“Malang sekali Amerika Syarikat tidak menghormati komitmennya, Iran perlu menunjukkan kematangan politik,” tambah Le Drian.

Awal bulan ini, Iran mengumumkan ia akan berhenti menghormati had aktiviti nuklear seperti termaktub dalam perjanjian bersejarah itu.

Pengumuman itu dibuat setahun selepas AS menarik diri daripada perjanjian itu, dikenali sebagai Pelan Komprehensif Tindakan Bersama (JCPOA) menyebabkan masa depan perjanjian itu terancam jika pihak lain terlibat dengannya gagal mengawal kesan buruk sekatan Amerika ke atas Iran yang baru diperbaharui.

Le Drian juga memberi amaran terhadap “kesan buruk” menekankan “tanggungjawab” Amerika dan kepentingan dialong dengan Tehran. – AFP, 12 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen