AMERIKA Syarikat (AS) mengerahkan kapal penyerang amfibia dan kapal pelancar peluru berpandu Patriot dan pengebom B-52 bagi menyekat kemaraan pesawat Iran yang dihantar ke kawasan Teluk.
Tindak balas AS itu diambil selepas hubungan antara kedua-dua negara itu dilihat semakin tegang pada hari Sabtu.
Sebagai tindak balas terhadap ancaman dari Iran, kapal USS Arlington, yang mengangkut tentera, kenderaan amfibia, dan pesawat tentera udara, dan juga kapal Patriot akan menyertai kapal Abraham Lincoln, umum Pentagon pada hari Jumaat.
Pengendali dan pasukan pengebom B-52 telah diperintahkan menuju ke arah Teluk, selepas Washington mengulangi bahawa laporan risikan mengatakan bahawa Iran merancang beberapa serangan di rantau ini.
Centcom, sebuah pasukan tentera AS bagi Timur Tengah dan Afghanistan, berkata pada hari Jumaat di akaun Twitter bahawa pengebom B-52 tiba di kawasan operasi pada 8 Mei, tanpa mendedahkan butiran posisi mereka.
Penasihat keselamatan nasional Presiden John Donald Trump, John Bolton berkata, penempatan di posisi itu bertujuan untuk menghantar mesej “jelas dan terang” kepada Iran berhubung sebarang serangan terhadap AS atau sekutunya di rantau ini.
Washington tidak mengulas mengenai ancaman yang didakwa tersebut sehingga menimbulkan kritikan bahawa tindakan tersenbut adalah berlebihan dan tidak ada keperluan untuk menimbulkan ketegangan di rantau tersebut.
Tidak ada tindak balas segera dari Tehran mengenai langkah terkini Amerika Syarikat tersebut, namun pada awal minggu ini ia turut mengutus pasukan di kawasan yang sama.
“Kenyataan Bolton adalah canggung merupakan cara perang psikologi yang sudah tidak digunakan lagi,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara Iran, Keyvan Khosravi.
Ketegangan yang semakin meningkat apabila Tehran pada hari Rabu mengatakan pihaknya telah berhenti menghormati batas-batas aktiviti nuklear yang dipersetujui di bawah perjanjian pada tahun 2015 bersama beberapa kuasa besar.
Iran berkata ia bertindak balas terhadap sekatan-sekatan unilateral yang dilaksanakan Washington kembali dikenakan sejak ia menarik diri dari perjanjian tersebut setahun yang lalu menyebabkan ekonomi Iran menerima tamparan hebat. – AFP, 11 Mei, 2019.
Komen