MAHKAMAH Vietnam memenjarakan dua aktivis atas tuduhan menerbitkan propaganda anti-negeri, lapor media tempatan hari ini.
Kedua-dua wanita berkenaan, Vu Thi Dung dan Nguyen Thi Ngoc Suong dijatuhi hukuman masing-masing enam serta lima tahun penjara.
Mahkamah di selatan negara itu mendapati mereka bersalah atas kesalahan membuat, mengumpul dan menyebarkan maklumat propaganda, dokumen serta bahan terhadap republik sosialis Vietnam.
Parti komunis merupakan satu-satunya parti yang diberi kuasa politik di Vietnam.
Zon ekonomi yang dicadangkan juga sangat sensitif dan mencetuskan protes yang berlaku di seluruh negara pada tahun lepas di mana balai polis serta pejabat kerajaan turut digeledah.
Media bebas diharamkan di Vietnam dengan catatan dalam talian, ulasan dan pengkritik dipantau dengan ketat serta penulis blog, aktivis dan peguam sering dipenjara.
Aktivis Vietnam yang juga mengkritik kedua-dua zon ekonomi khas dan undang-undang keselamatan siber dihukum dua tahun penjara pada Mac kerana menyalahgunakan kebebasan demokrasi.
Pengkritik berkata, undang-undang siber yang drastik digunakan untuk menyasarkan perbezaan pendapat dalam talian tetapi masih belum dilaksanakan.
Draf rang undang-undang mengenai zon undang-undang juga mencetuskan kekecohan di Vietnam yang mana mereka percaya ia akan memberikan insentif kepada syarikat China. – AFP, 11 Mei, 2019.
Komen