KABUS tebal menyelubungi bandar utama New Zealand termasuk Auckland dan Christchurch menyaksikan 32 penerbangan domestik di Lapangan Terbang Auckland dibatalkan selain 31 lagi ditunda, lapor agensi berita Xinhua.
Keadaan itu menyebabkan ramai penumpang yang terjejas beralih kepada perkhidmatan kereta sewa untuk menuju ke destinasi masing-masing.
Pihak lapangan terbang berkata, penerbangan antarabangsa dan penerbangan ke Wellington, Christchurch, Dunedin dan Queenstown tidak terjejas.
Penumpang dinasihati sentiasa memeriksa maklumat terkini mengenai penerbangan ketibaan dan pelepasan.
Keadaan itu dijangka beransur pulih menjelang Sabtu pagi, menurut agensi cuaca. – Bernama, 11 Mei, 2019.
Komen