Warga Itali maut ketika mendaki Gunung Annapurna


Seorang pendaki warga Itali maut akibat penyakit altitud semasa mendaki di rantau Annapurna di tengah Nepal. – Gambar EPA, 11 Mei, 2019.

SEORANG pendaki warga Itali maut akibat penyakit altitud semasa mendaki di rantau Annapurna di tengah Nepal. 

Pegawai polis tempatan Nishani Bishwakarma berkata, pendaki berusia 68 tahun itu meninggal dunia di daerah perbandaran Dudhkunda-4 di Mustang Khamis lepas.

“Sepasukan anggota polis dengan helikopter dikejarkan ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan penduduk tempatan, tetapi pasukan penyelamat mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Xinhua pada Jumaat.

Wilayah Annapurna merupakan lokasi popular kepada warga asing di Himalaya untuk menjalankan aktiviti mendaki. – Bernama, 11 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen