3 pusat beli-belah di Brussels terima ancaman bom


Bangunan pusat beli-belah Woluwe dikosongkan selepas menerima ancaman bom petang semalam. – Gambar AFP, 11 Mei, 2019.

TIGA pusat komersil utama di Brussels ditutup pada Jumaat petang selepas menerima ancaman bom, menurut jurucakap polis Brussels-Midi yang mengesahkan laporan beberapa media.

Ancaman bom itu berlaku di Woluwe, Westland dan Docks, tiga pusat beli-belah paling popular di ibu kota Belgian, Brussel.

Polis kemudian mengarahkan bangunan terbabit dikosongkan dan menutup kawasan berkenaan kepada orang ramai, lapor agensi berita Xinhua.

Pemeriksaan masih dijalankan oleh anggota polis persekutuan. – Bernama, 11 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen