Itali selamatkan pendatang asing walau langgar dasar menteri


Tiga orang mati sementara berpuluh lagi hilang selepas bot yang membawa pendatang dari Tunisia itu terbalik. – Gambar fail EPA, 11 Mei, 2019.

TENTERA laut Itali bersama sebuah kapal amal menyelamatkan lebih 60 pendatang asing semalam, walaupun Menteri Dalam Negeri Matteo Salvini mengenakan dasar “tutup pelabuhan”.

Manakala tiga orang mati sementara berpuluh lagi hilang selepas bot yang membawa pendatang dari Tunisia itu terbalik.

Seramai 36 orang yang diselamatkan oleh bot peronda tentera laut dibawa ke Sicily selepas empat negara Eropah setuju untuk menerima sebahagian daripada mereka.

Sementara 30 lagi termasuk tiga wanita dan seorang kanak-kanak berusia setahun yang diselamatkan oleh kapal amal, Mare Jonio dalam satu operasi berasingan dibawa ke pulau Lampedusa di Itali.

Salvini pada awalnya enggan membuka pelabuhan Itali kepada pendatang.

Semalam, beliau mengemukakan draf undang-undang yang memberinya kuasa mengharamkan mana-mana bot pendatang di perairan Italy atas sebab keselamatan awam. – AFP, 11 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen