PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam mengarahkan kenaikan cukai hampir kepada semua barangan import dari China, kurang 24 jam selepas Washington menaikkan duti hampir AS$200 bilion ke atas barangan China.
“Presiden juga mengarahkan kami untuk memulakan proses menaikkan cukai ke atas barangan import China lain yang bernilai kira-kira AS$300 bilion,” kata Perwakilan Perdagangan AS Robert Lighthizer dalam satu kenyataan.
Butiran mengenai proses bagi notis awam dan komen akan dimuat naik ke laman web USTR pada Isnin, menjelang keputusan muktamad mengenai cukai baharu itu, kata Lighthizer.
Kenaikan cukai lebih tinggi yang yang diumumkan semalam akan meliputi pelbagai barangan elektrik, jentera, alat ganti kenderaan dan perabot. – AFP, 11 Mei, 2019.
Komen