Brunei nafi amal diskriminasi gay


Brunei menafikan mengamalkan diskriminasi kecenderungan seksual individu walaupun kanun keseksaan baharu undang-undang Syariah memasukkan hukuman rejam sampai mati ke atas golongan gay dan penzina. – Gambar EPA, 10 Mei, 2019.

BRUNEI menafikan mengamalkan diskriminasi kecenderungan seksual individu walaupun kanun keseksaan baharu undang-undang Syariah memasukkan hukuman rejam sampai mati ke atas golongan gay dan penzina.

Walaupun Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan minggu ini hukuman itu tidak akan dilaksanakan, negara berkenaan tetap mempertahankan dari penilaian luar biasa mengenai rekodnya di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Negara kecil di pulau Borneo itu berdepan kecaman antarabangsa berhubung keputusan bulan lalu memasukkan undang-undang Syariah ke dalam kanun jenayahnya.

Timbalan Menteri Luar Erywan Mohn Yusof berkata, arahan kanun keseksaan Syariah tidak menjadikan seseorang penjenayah berdasarkan kecenderungan seksual atau kepercayaan sebagai penjenayah.

Erywan berkata demikian pada Semakan Berkala Sejagat (UPR) yang menyaksikan pelaksanaan hak asasi manusia sesebuah negara diperhatikan setiap lima tahun.

Beliau berkata, penduduk di Brunei tanpa mengira kecenderungan seksual meneruskan kehidupan dan aktiviti mereka secara tertutup.

“Mereka tidak didiskriminasi dalam apa cara,” katanya.

Kanun Syariah berkuat kuasa April lalu menjadikan Brunei satu-satunya negara di Asia Timur dan Tenggara melaksanakan undang-undang di peringkat negara.

Kanada memberi amaran kepada negara yang melaksanakan pelakuan tidak berperikemanusiaan terhadap warganegara dan bukan warganegara.

Memberi reaksi kepada kritikan, Erywan berkata walaupun Brunei tidak menjadikan seseorang sebagai penjenayah berdasarkan pilihan mereka sendiri, ia melarang aksi gay untuk melindungi agama, tradisi dan nilai sosial.

Sultan Brunei yang merupakan antara yang terkaya di dunia mengumumkan rancangan untuk kod Syariah pada 2013.

Sementara itu, seorang gay di Brunei menyuarakan kelegaan apabila penalty hukuman mati untuk homoseksual tidak dikuatkuasakan. – AFP, 10 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen