Menteri janji bersihkan ruang udara India dalam masa 3 tahun


Krisis pencemaran udara di India bertambah buruk pada tahun kebelakangan ini dengan 14 bandar India tersenarai dalam 15 bandar paling tercemar di dunia. – Gambar AFP, 10 Mei, 2019

MENTERI India berjanji bahawa kerajaan akan membersihkan ruang udara yang tercemar di negara itu dalam masa tiga tahun akan datang.

Organisasi Kesihatan Dunia menyenaraikan New Delhi sebagai bandar tercemar di dunia dengan 20 juta penduduk berdepan risiko gangguan pernafasan sepanjang tahun.

Menteri pengangkutan dan sumber air Nitin Gadkari dalam kempen pilihan raya akan datang berkata, India akan bebas pencemaran udara dalam tempoh tiga tahun.

“Ini janji saya kepada kamu,” katanya ketika bercakap di ibu pejabat Partai Bharatiya Janata.

Gadkari berkata, kerajaan merancang membelanjakan lebih AS$7 bilion (RM28 bilion) untuk infrastruktur di sekitar ibu negara yang akan mengurangkan pencemaran lebih 30%. Dua lebuh raya dalam senarai juga sudah pun dibuka.

Kereta dan trak menyumbang kira-kira 20% zarah PM2.5 yang memenuhi ruang udara bandar menyebabkan rakyat berdepan risiko penyakit jantung dan gangguan pernafasan.

Tahap pencemaran udara di Delhi hari ini adalah teruk dengan jumlah zarah berbahaya tujuh kali di atas had selamat PBB.

Krisis pencemaran udara di India bertambah buruk pada tahun kebelakangan ini dengan 14 bandar India tersenarai dalam 15 bandar paling tercemar di dunia, menurut senarai PBB.

Kajian mengatakan pencemaran itu menyebabkan beratus-ratus ribu kematian pra matang setiap tahun.

India mengadakan pilihan raya kebangsaan tetapi sebahagian besar parti politik tidak bercakap mengenai pencemaran udara. – AFP, 10 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen